Showing posts with label Post By Fatin Nur Fariza Binti Hanafi. Show all posts
Showing posts with label Post By Fatin Nur Fariza Binti Hanafi. Show all posts

Friday, 1 June 2018

PROSES MENTERJEMAH


  1. TEKS SUMBER 
  2. ANALISIS | Baca dan faham teks, pencarian makna, kata dan keseluruhan wacana
  3. PEMINDAHAN | Proses yang paling penting untuk mencari padanan terjemah untuk dipindahkan ke bentuk sasaran.
  4. STRUKTUR SEMULA | Distruktur mengikut bahasa sasaran. Memastikan penggunaan gaya bahasa yang jelas, ringkas dan mudah serta tanda baca yang tepat.
  5. PERIKSA | Proses yang sukar yang dilakukan sendiri oleh penterjemah. Penterjemah perlu membacanya dengan suara yang lantang dan jelas secara bersemuka dengan pakar bidang. Ini proses untuk memeriksa ketepatan terjemah.
  6. SEMAK | Cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.
  7. SUNTING | Membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam.
  8. TEKS SASARAN

KELAYAKAN PENTERJEMAH

SYARAT UTAMA

  1. Mengetahui Bahasa Sumber | Pengetahuan yang mendalam agar dapat melakukan penterjemahan dengan tepat.
  2. Mengetahui Bahasa Sasaran  | Merupakan bahasa penerima dan memerlukan penguasaan yang lebih mendalam atau sama dengan bahasa sumber. 
  3. Mengetahui subjek / topik yang akan diterjemahkan  | Menjamin ketepatan dan kesempurnaan terjemahan. Penting dalam penterjemahan teks- teks khusus dan teks sastera.
  4. Mengetahui Teori Terjemahan  | Terjemahan bukan sekadar memindahkan perkataan malah pemindahan idea, makna dan gaya.
  5. Mengetahui Sasaran Pembaca  | Penggunaan laras bahasa yang tepat.
SYARAT TAMBAHAN
  • Fikiran yang terbuka
  • Ingatan yang baik
  • Boleh bekerja sendiri
  • Tidak malu bertanya
  • Jujur dan Amanah
SYARAT LAIN | Pengalaman

PENGENALAN TERJEMAHAN

TERJEMAHAN
Mu'jam Mustalahat Arabiyah Fi Lughah Wa Adab : menulis semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.
Catford: penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa ( bahasa sumber ) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain ( bahasa sasaran)
Newmark : usaha menggantikan sesuatu mesej atau pernyataan dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pernyataan dalam bahasa lain.

KEPENTINGAN

  • Mengetahui kandungan sesuatu teks yang tidak difahami
  • Menyalurkan ilmu pengetahuan asal kepada pembaca asing
  • Memudahkan komunikasi
ELEMEN
  1. Teks
  2. Bahasa Sumber
  3. Bahasa Sasaran
  4. Padanan

Monday, 14 May 2018

UNSUR BUDAYA DALAM PENTERJEMAHAN


BUDAYA
  •  Berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu'buddhayah'.
  •   Budaya bukan terdiri daripada barang- barang, tingkah laku atau perasaan tetapi ia     adalah cara- cara manusia melihat, mengait dan menafsir sesuatu perkara     (Goodenough 1957).
SIFAT KEBUDAYAAN
  1. Dipelajari oleh anggota masyarakat.
  2. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
  3. Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.
FUNGSI Kebudayaan
  1. Memastikan hubungan sosial masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.
  2. Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.
  3. Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan hubungan dengan orang luar.
  4. Perangsang kepada anggotanya untuk menersukan masyarakatnya (Abdul Rahman Nawas 1995)

Sunday, 22 April 2018

KAEDAH TERJEMAHAN

DEFINISI
Kaedah : Beberapa langkah /kegiatan yang mempunyai urutan yan tertentu.
Teknik  : Kemahiran / perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.
  • contoh : kaedah menterjemah secara harfiah dengan teknik penggunaan kamus dalam pencarian makna perkataan.
Strategi suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan mengguakan tenaga, masa dan kemudahan secara optimum.


PEMBAHAGIAN TERJEMAHAN
  1. Terjemahan Literal
  2. Terjemahan Idiomatik       oleh : Mildred L.Larson
Terjemahan Literal | Terjemahan yang bergantung sepenuhnya pada bentuk teks bahasa asal dan cuba menghasilkan bentuk tersebut pada bahasa sasaran


Terjemahan Idiomatik | Terjemahan yang bergantung pada makna teks bahasa sumber


Kaedah Terjemahan  

  1. kata demi kata : bahasa sumber tetap ketara dan lebi menekankan bentuk teks sumber berbanding isi kandungan.
  2. harfiah : bentuk/ struktur bahasa terjemahan mirip dengan bentuk/ struktur bahasa sasaran dan masih memberi penekanan pada bentuk/ struktur bahasa sumber.
  3. bebas : terjemahan yang tidak terikat dengan bentuk teks asal dan mementingkan makna serta isi kandungan teks asal. Karya ini lebih menarik dan mudah dibaca.

Saturday, 21 April 2018

DEFINISI TERJEMAHAN


Bahasa
  • Berasal daripada kata Arab تَرْجَمَ يُتَرْجِمُ تَرْجَمَةْ 
  • Qamus Al- Muhit : تَوْضِيْح و تَفْسِير وتَبَيين
  • Qamus Al- Wasit : التبيين والتوضيح
  • Mu'jam al-Muslahat al-Arabiyyah fi al-Lughah wa al-Adab :
إعادة كتابة موضوع معين باغة غير اللغة التي كُتب بها أصلا
(menulis semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya )

Pandangan Sarjana
  1. Catford, J.C (1965): Terjemahan ialah penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran)
  2.  Newmark (1981) : Terjemahan ialah usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan yang bertulis dalam satu bahasa dengan mesej atau kenyataan dalam bahasa lain.
  3. Larson (1984) : Terjemahan terdiri daripada aktiviti mengkaji leksikon, struktur nahu, situasi komunikasi dan konteks budaya teks bahasa sasaran, menganalisisnya supaya maknanya ditentukan dan kemudian dibina semula makna ini dengan menggunakan leksikon dan struktur nahu yang sesuai dalam bahasa penerima dan konteks budayanya.
KESIMPULAN 
Terjemahan ialah maksud/ mesej/ bahan teks/ buah fikiran daripada bahasa sumber yang hendak disalurkan atau dipindahkan ke dalam bahasa sasaran dengan mengekalkan segala mesej bahasa sumber dengan tepat, ciri-ciri kebudayaan yang ada di dalamnya, gaya penulis asal dan ciri-ciri idiosinkratiknya yang istimewa yang mungkin ada di dalamnya.