Monday, 23 April 2018

LARAS BAHASA

Definisi : Perkataan – perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja.

Format laras

        Laras Bahasa biasa (mudah,ringkas dan padat)
-          Formal – Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan semayyah bin husin dengan mas kahwinynya RM4000 tunai
-          Tidak formal – ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal?

Laras Bahasa perniagaan/iklan (ringkas dan pendek)
-          Bahasa yang digunakan bersifat imaginative dan kreatif
-          Cth : lot banglo untuk dijual (kaedah penyataan), TV9 dekat dihati (mesra), cepat, dapatkan naskhah anda hari ini (gesaan)

Laras Bahasa sains (jelas dan ketepatan fakta)
-          Pinjaman istilah Bahasa inggeris
-          Air hujan, secara semula jadinya berasid kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida.

Laras Bahasa media massa (melaporkan sesuatu peristiwa)
-          Tidak mementingkan kata hubung dan tatabahasa
-          Ringkas, misalnya Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009

 Laras bahasa rencana (melaporkan sesuatu yang umum/terperinci)

Laras Bahasa undang-undang (ayat yang panjang)
-          Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen

Laras Bahasa agama (isu agama)
-          Pinjaman istilah arab
-          Terdapat tamsil ibarat (kias ibarat) - memberi pengajaran

Laras Bahasa sukan (kegiatan sukan)

Laras Bahasa sastera (kiasan)
-          Mempunyai imaginasi/bayangan/khayalan/gambaran daripada pengalaman penulis

Laras ekonomi (susunan malumat jelas dan eksplisit)
-          Berbentuk ilmiah – tak pentingkan struktur ayat
-          Fakta yang buktikan dengan data/statistic – bursa,saham,untung

Laras Bahasa akademik (formal dan objektif)
-          Gaya Bahasa- matang dan intelektual (hujan tepat berkesan)
-          Khusus dan sukar difahami
-          Mementingkan kesempurnaan
-          Jurnal,makalah,prosiding,kertas kerja

MAKNA DALAM TERJEMAHAN


Makna perkataan dipengaruhi oleh:
Posisinya dalam ayat- Bidang ilmu- Situasi pemakaian dan budaya penutur

CONTOHNYA:



—  Untuk memahami sesuatu makna, jenis-jenis makna itu sendiri perlu diketahui:
◦      MAKNA RUJUKAN
—  Setiap perkataan mempunyai lebih daripda satu makna. Cth:
—  Rumah : Rumah Banglo, Rumah Pangsa, Rumah Panjang, Rumah Kampung
◦      MAKNA LEKSIKAL
—  Makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan lain-lain
—  Cth: Perkataan “Bad” : jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap, busuk
—  Tidak dapat memastikan mana satu maksud yang seuai untuk dipadankan selagi perkataan “Bad” tidak dimasukkan menjadi ayat
◦      MAKNA GRAMATIKAL
—  Makna fungsian @ makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari segi tatabahasa.
—  Cth: can : dapat, tin, mengetinkan
—  Cth ayat: They can the fish (berfungsi sebagai prediket dalam bentuk kata kerja (mengetinkan)
◦      MAKNA KONTEKS
—  Makna menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
◦      MAKNA SOSIO-KULTURAL
—  Makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa
—  Contoh: marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik.
◦      MAKNA KONOTASI
—  Makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan.
—  Cth: Perempuan, wanita, betina → makna konotasinya adalah berbeza.
◦      MAKNA EMOSI
—  Emosi sejenis makna
—  Madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang → mendatang emosi yang pelbagai
◦      MAKNA FIGURATIF
—  Simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile → ungkapan bersifat figuratif



MENTERJEMAH KATA KERJA BERIMBUHAN


*      Daripada perkataan Morfologi: Mengkaji binaan struktur perkataan.
*      Mempunyai dua unsur utama:

Morfem: Unit bahasa terkecil, mempunyai makna atau fungsi tatabahasa tertentu dan dikenali sebagai kata imbuhan.
Kata : Tidak boleh dikecilkan, kata dasar untuk membentuk perkataan lain.

KATA IMBUHAN BAHASA ARAB
Ø  Bentuk II فَعَّلَ     :  Memberi pengertian intensif
                              Memberi pengertian kausatif/penyebab
                              Memberi makna pernyataan atau anggapan
                              Berbentuk namaan/denominatif

Ø  Bentuk III فَاعَلَ:  -Percubaan melakukan sesuatu kpd seseorang & menunjukkan hal                       
                             timbal balik di antara kedua-dua belah pihak
                            - Menunjukkan makna hal timbale balik dan menukar objektif/
                              Maf ul  bih drpd tak langsung menjadi langsung
                             -Menunjukkan bahawa si pelaku menggunakan sesuatu keadaan @          
                             sifat kpd orang lain & mendatangkan kesan kepadanya
                              -Adakalanya dominatif

Ø  Bentuk IV أَفْعَلَ: -Memberi maksud kausatif/faktitif
                            -Bermaksud dominative
                            -Memasuki sesuatu periode dalam satu-satu jangka masa
                            -Menjadikan benda dalam sesuatu keadaan @ sifat/mendapat               
                             Sesuatu/menjadi sesuatu

Ø  Bentuk V تَفَعَّلَ :   -Menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan drpd
                               tindakan dalam kata kerja bentuk II
                             -Tidak terlalu reklesif, khususnya untuk kata kerja yang 
                               mempengaruhi akusatif
                             -Boleh menjadi pasif dari segi maknanya
                             -Mengandungi makna dominatif
                             -Sering menunjukkan kesan
                             -Menjadi kata kerja tak transitif

Ø  Bentuk VI تَفَاعَلَ  : -Idea yg diungkapkan dlm kk bentuk III mendapat 
                                tentangan/sambutan dlm kk bentuk IV
                              -Memberi maksud berpura-pura
                              -Mendatangkan erti berturut
                              -Dirujukkan khas kepada Allah swt

Ø  Bentuk VII انفَعَلَ:- Menunjukkan makna yang refleksif/pasif yg ada dlm bentuk I
                             -  seseorang itu mmbenarkan ssuatu perbuatan  
                              dilakukan ke atasnya



Ø  Bentuk VIIIافتعل:-Mendatangkan makna timbal balik
                             -Boleh jadi transitif & tak transitif
                             -Menunjukkan ragam pasif
Ø  Bentuk IX افعلَّ:  -Menunjukkan warna atau kecacatan jasmani
                            -Tidak mempunyai ragam pasif
                            -Digunakan untuk membentyk perbandingan satu-satu warna atau
                             Kecacatan
Ø  Bentuk X استفعل:-Mengubah makna faktitif dlm bntuk I,lalu mnjdi refleksif yg 
                                  disertai harapan
                                  -Memberi erti permohonan dalam kata kerja








Sunday, 22 April 2018

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA


Definisi : kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang

Terbahagi kepada 2 :

-          مذكر (Lelaki) 👨

1.       أنا – Saya/Aku/Patik/Beta/Hamba
2.       انتَ – Awak/Kamu/Anda/Engkau
3.       انتما - Awak/Kamu/Anda/Engkau (2 Orang)
4.       أنتم –Awak/Kamu/Anda/Engkau (Ramai)
5.       هو – Dia
6.       هما -  Mereka (2 Orang)
7.       هم – Mereka (Ramai)

-          مؤنث (Perempuan) 👩

1.       أنا - Saya/Aku/Patik/Beta/Hamba
2.       انتِ - Awak/Kamu/Anda/Engkau
3.       انتما - Awak/Kamu/Anda/Engkau (2 Orang)
4.       أنتن –Awak/Kamu/Anda/Engkau (Ramai)
5.       هي – Dia
6.       هما -  Mereka (2 Orang)
7.       هن - Mereka (Ramai)