Saturday, 9 June 2018

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS


NAMA ORANG/OBJEK

 ⇛Teori Newmark:

    1. Nama orang/objek berada di luar bahasa
    2. Tidak boleh diterjemahkan kerana tiada makna
    3. Hanya boleh dipindahkan ke bahasa sasaran

Contoh:
Kata nama khas(ba) seperti Ali diterjemahkan علي dan Fatimah diterjemahkan فاطمة. Ia tidak perlu diterjemahkan.


⇛Dua perkara penting perli diambil kira:

    1. Tikar huruf arab kepada rumi
    2.Mulakan setiap perkataan dengan huruf besar

⇛ Kata nama khas mempunyai makna yang tidak boleh diterjemahkan

Contoh:

1.Longman (BI) diterjemahkan لونجمان ( BA) bukannya رجل الطويل
2. Masjid Tanah diterjemahkan مسجد تانه  bukannya  مسجد الأرض



PROSES MENTERJEMAH

PROSES MENTERJEMAH

TEKS SUMBER-ANALISIS-PEMINDAHAN-STRUKTUR SEMULA-MEMERIKSA-MENYEMAK-MENYUNTING


PROSES ANALISIS:

Proses berlaku dalam fikiran iaitu membaca dan memahami teks. ia melibatkan pencarian makna dalam kitak memori ataupun dalam kamu.

PROSES PEMINDAHAN:

 Perlu mencari padanan terjemah yang sesuai kemudian dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran.

PROSES STRUKTUR SEMULA:

 Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa  dan tanda bahasa yang digunakan mestilah betul dan memudahkan pembaca memahami teks dengan mudah dan ayat perlulah jelas.

PROSES MEMERIKSA:

Boleh dilakukan sendiri ataupun bersemuka dengan pakar bidang dengan baca teks secara lantang. Dengan ini ketepatan terjemah dapat diperiksa.

PROSES MENYEMAK:

Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri. Tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan.

PROSES MENYUNTING

Teks perlu disunting dengan membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya  teks itu diterjemahkan oleh orang ramai.






MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA

DEFINISI

 Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu,

KATA GANTI NAMA ARAB

Terbahagi kepada  bariz (nyata) dan mustatir(tersembunyi) dan terbahagi kepada mudhakkar dan mu'annath.


CONTOH

↝أنا أحترم الكبير

Perkataan أنا: Saya, aku, beta, patik, hamba

Terjemahan:
1.Saya (lelaki/perempuan) menghormati orang tua
2.Aku (lelaki/perempuan) menghormati orang tua
3.Beta (lelaki/perempuan) menghormati orang tua
4.Patik (lelaki/perempuan) menghormati orang tua
5.Hamba (lelaki/perenpuan) menghormati orang tua

↝نحن نحترم الكبير

Terjemahan:
1.Kami (lelaki/perempuan) menghormati orang tua
2. Kita (lelaki/perempuan) menghormati orang tua

↝أَنتَ تحترم الكبير

Terjemahan:
1. Awak/kamu/anda/engkau (lelaki) menghormati orang tua

↝أنتِ تحترم الكبير

Terjemahan:
1.Awak/kamu/anda/engkau (perempuan) menghormati orang tua 

↝أنتما تحترمان الكبير

Terjemahan:
1.Awak/kamu/anda/engkau berdua (lelaki/perempuan) menghormati orang tua

↝أنتم تحترمون الكبير

Terjemahan:
1.Awak/kamu/anda/engkau (ramai/lelaki) menghormati orang tua

↝أنتن تحترمن الكبير

Terjemahan:
1.Awak/kamu/anda/engkau (ramai/perempuan) menghormati orang tua

↝  هو يحترم الكبير
↝هي تحترم الكبير

Terjemahan:
1.Dia (lelaki) menghormati orang tua
2.Dia (lelaki) menghormati orang tua

↝ هما تحترمان الكبير
Terjemahan:
1.Mereka (berdua/lelaki/perempuan) menghormati orang tua

 هم يحترمون الكبير
↝ هنّ يحترمن الكبير

Terjemahan:
1.Mereka (ramai/lelaki/perempuan) menghormati orang tua




      

           
           

KAEDAH TERJEMAHAN


KAEDAH TERJEMAHAN
Mildred L.Larson menterjemahkan terjemahan kepada:
Ø  Terjemahan Literal
Terjemahan bergantung sepenuhnya pada bentuk teks asal dan cuba menghasilkan bentuk tersebut  kepada teks bahasa sasaran

Ø  Terjemahan idiomatic
Bergantung kepada makna teks bahasa sumber dan tidak berbau terjemahan, seolah-olah ditulis dalam bahasa sasaran. Penterjemah mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan makna ke bahasa sasaran secara natural.
Kaedah terjemahan( umum):
Ø  Terjemahan kata demi kata
·         Digunakan untuk menterjemah kitab-kitab suci, doa, mantera dan teks yang terkandung dalamnya kekuatan adikodrati sekiranya diterjemahkan secara bebas akan hilang hikmahnya
·         Mudah dilakukan
·         Dapat siap dengan cepat, lebih menekankan teks sumber bukan isinya

Ø  Harfiah
·         Bentuk/struktur bahasa terjemahan amat mirip dan bentuk/struktur bahasa sasaran
·         Gaya terjemahan mirip dengan gaya bahasa sasaran
·         Memberi penekanan kepada bahasa sumber

Ø  Bebas
·         Tidak terikat dengan teks asal
·         Mementingkan makna dan isi teks asal
·         Karya yang menarik dan senang dibaca

LARAS BAHASA



LARAS BAHASA
Ø  Bahasa ialah satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Ø  Laras bahasa mengikut Nik Safiah Karim (1982:2)  ialah gaya atau cara penggunaan seseuatu bahasa. Sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Ø  Ciri-ciri keperihalan terbahagi kepada:

*      Situasi luaran ( latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat)
*      Situasi persekitaran ( cara penyampaian, hubungan social dan peribadi antara pengguna bahasa, bahan yang diperkatakan, fungsi-fungsi sosial)

Ø  Ciri-ciri linguistik ( unsur-unsur sistem bahasa)

·         Aspek bunyi
·         Aspek perkataan
·         Aspek ayat

Ø  Format laras

·         Laras undang-undang
·         Laras ucapan
·         Laras iklan
·         Laras laporan berita
·         Laras bahasa sains
·         Laras Media Massa
·         Laras Rencana
·         Laras agama
·         Laras Sukan

DEFINISI TERJEMAHAN


DEFINISI TERJEMAHAN
ü  Dari sudut bahasa:

*      Berasal daripada kata arab “tarjama, yutarjimu,tarjamah”

ü  Kamus Dewan(1993):halaman 1351
Terjemah;menterjemah
·         Memindahkan karangan dan lain-lain daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain,mengalihbahasakan.
              Terjemahan
·         Hasil daripada menterjemahkan yang telah diterjemahkan
·         Cara(gaya, kaedah dan sebagainya) menterjemah
              Penterjemahan
·         Perihal ( kerja, usaha dan sebagainya) menterjemahkan

ü  Pandangan sarjana

Ø  Catford, J.C (1965)
Penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa( bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran)

Ø  Newmark ( 1981)
Usaha menggantikan mesej atau pernyataan yang bertulis dalam satu bahasa dengan mesej atau kenyataan dalam bahasa lain

Friday, 8 June 2018

MENTERJEMAH BUDAYA UNSUR



MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Ø  Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “Buddayah”
Ø  Budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan, berfikir dan kemajuan(akal budi)

SIFAT KEBUDAYAAN
Ø  Dipelajari anggota masyarakat
Ø  Tidak boleh terima melalui warisan atau baka
Ø  Dipraktikkan bersama

PEMBAHAGIAN BUDAYA
Ø  Terbahagi kepada empat bahagia
ü  Budaya Ekologi (kajian makhluk hidup)
ü  Budaya Sosial ( Berkait adat resam dan kepercayaan)
ü  Budaya Material ( Kebendaan)
ü  Budaya Ideologi ( Berkait dengan adat resam, agama, kepercayaan dan politik

KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA
Ø  Unsur budaya dikekalkan
Ø  Unsur budaya disesuaikan semula
Ø  Unsur budaya dihilangkan
Ø  Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendak dijelaskan dengan nota kaki

KELAYAKAN PENTERJEMAH

KELAYAKAN  PENTERJEMAHAN



SYARAT PERTAMA



  • Mengetahui bahasa sumber
  • Mengetahui bahasa sasaran
  • Mengetahui bidang atau subjek
  • Mengetahui teori terjemahan
  • Mengetahui sasaran pembaca


SYARAT LAIN



  • Mempunyai fikiran yang terbuka
  • Minat yang mendalam
  • ingatan yang baik
  • Tidak malu bertanya
  • Jujur dan amanah



Sunday, 3 June 2018

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

TERJEMAHAN
  • Menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
SALAH SATU KESILAPAN TERJEMAHAN:
  • Penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
FUNGSI AYAT: 
  • Ditentukan oleh makna ayat
SUDUT MAKNA:
  • Ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif), dan ayat arahan (imperatif)

Saturday, 2 June 2018

KAEDAH MENTERJEMAHKAN UNSUR BUDAYA


MENTERJEMAH FRASA

  • Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri yang digelar sebagai "Bapa Kemerdekaan"
  • BADAL: Tunku Abdul Rahman
Cara menterjemah badal seperti berikut:


سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة .


Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura. 

TANDA SEMOTAKSIS

MAKSUD:

  • Berkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringinya.
CONTOH:
  • Dia mengambil sikat rambut.
  • Dia mengambil dua sikat pisang.
  • Rambutnya belum disikat.

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

PENYELESAIAN DALAM MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA
ANTARA LANGKAH-LANGKAHNYA:

  1. Menerangkan konsep budaya itu secara lebih jelas dalam catatan bawah/nota kaki
  2. Kamus -senang dicapai
  3. Bertanya terus kepada orang yang mengetahui bahasa sumber(Bahasa Arab)
  4. Bertanya kepada orang yang pernah tinggal di negara arab dan bergaul dengan masyarakatnya
  5. Bertanya kepada orang arab itu sendiri
Unsur budaya menimbulkan masalah kepada penterjemah khususnya budaya ekologi dan budaya sosial. Manakala aspek budaya ideologi diselesaikan dengan Al-Quran dan Hadis 

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN

JENIS-JENIS MAKNA

MAKNA EMOSI
- emosi sejenis makna
- emosi mesti dicipta semua semala salam terjemahan
-cth:
       - madu
       - babi
       - keldai
       - kekasih
       - curang
- kadangkala menjadi pantang dengar

FAKTOR YANG MENENTUKAN MAKNA EMOSI
- orang yang ada hubungan dengan perkataan itu
-keadaan sewaktu perkataan diguna
-suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu

MAKNA EMOSI TERDAPAT PADA
-Sebutan
-perkataan
-frasa
-wacana
-tema maklumat

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA
  • peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran
          قبل الرمي يراش السهم - Diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan
  • menggunakan teknik pinjam terjemah
          شهر العسل - bulan madu
           عين القلب - mata hati
  • teknik memperjelaskan makna
          sweetheart diperjelaskan menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب\حبيبة
  • proses gantian peribahasa
          هدية تذكارية diterjemahkan kepada tanda mata/ cenderamata

JENIS TERJEMAHAN


MENTERJEMAH KATA KERJA BERIMBUHAN

Bentuk VII (انفَعَلَ )

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA



MENTERJEMAH  أنا
أنا أحترم الكبير
Padanan أنا: Saya, Aku, Beta, Patik, Hamba
Terjemahannya:
  1. Saya (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
  2. Aku (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
  3. Beta (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
  4. Patik (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
  5. Hamba (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.

MENTERJEMAHKAN KATA KERJA IMBUHAN

KATA IMBUHAN BAHASA ARAB

BENTUK-BENTUKNYA:

  • II - فعّل 
  • III - فاعل 
  • IV - أفعل
  • V - تفعّل
  • VI - تفاعل
  • VII - انفعل
  • VIII - افتعل
  • IX - ّافعل
  • X - استفعل

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

NAMA ORANG
  •  على [Ali]
  •  الإسكندر الأكبر [BA] - Alexander The Great [BI] - Iskandar Yang Agung [BM]
  • Longman [BI] - Longman [BM] - لونجمان bukan رجل طويل [BM]
NAMA NEGARA /BANDAR/TEMPAT
  • Masjid Tanah [BM] - مسجيد تانة bukan مسجد الأرض  [BA] - Masjid Tanah [BI]
  • Mesir [BM] -  القاهرة [BA] - Cairo [BI]
NAMA INSTITUSI/ORGANISASI
  • Universiti Kebangsaan Malaysia [BM] - الجامعة الوطنية  ماليزيا [BA] - National University of Malaysia [BI]

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

PENTERJEMAHAN KATA NAMA KHAS- NAMA INSTITUSI/ ORGANISASI
  • Nama institusi/ organisasi diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim dan mengekalkan akronim asal/ rasmi yang digunakan.
  • Terdapat juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).

KAEDAH TERJEMAHAN

TERJEMAHAN LITERAL
  • al-Tarjamah al- Harfiyyah
  • Terjemahan yang bergantung sepenuhnya pada bentuk teks asal, dan cuba menghasilkan bentuk tersebut pada teks bahasa sasaran
TERJEMAHAN IDIOMATIK
  • Terjemahan yang bergantung pada makna teks bahasa sumber.
  • Penterjemah mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan makna tersebut ke bahasa sasaran secara natural

JENIS TERJEMAHAN

TERJEMAHAN SEMANTIK

  • mencuba menghuraikan MAKNA konteks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran
cth: kereta sombong [kereta api]
       ruang udara [radio]
       gerek [basikal]

TERJEMAHAN KOMUNIKATIF

Ciri-ciri Terjemahan Komunikatif

Friday, 1 June 2018

KAEDAH TERJEMAHAN

TERJEMAHAN UMUM

Terjemahan yang tidak terikat dengan bentuk bentuk teks asal. namun, harus mementingkan makna dan isi teks asal supaya tidak tersasar. menjadikan karya terjemahan yang menarik dan senang dibaca oleh pembaca sasaran.

JENIS TERJEMAHAN

Ada dua jenis terjemahan iaitu:
  • Terjemahan Lisan
  • Terjemahan Tulisan


PROSES ANALISIS


Proses analisis merupakan proses yang berada di peringkat pertama dalam menghasilkan sesebuah terjemahan. Dalam proses ini, penterjemah akan terlibat dalam mencari makna iaitu makna perkataan/ makna ayat/ makna seluruh wacana.

PROSES MENTERJEMAH


  1. TEKS SUMBER 
  2. ANALISIS | Baca dan faham teks, pencarian makna, kata dan keseluruhan wacana
  3. PEMINDAHAN | Proses yang paling penting untuk mencari padanan terjemah untuk dipindahkan ke bentuk sasaran.
  4. STRUKTUR SEMULA | Distruktur mengikut bahasa sasaran. Memastikan penggunaan gaya bahasa yang jelas, ringkas dan mudah serta tanda baca yang tepat.
  5. PERIKSA | Proses yang sukar yang dilakukan sendiri oleh penterjemah. Penterjemah perlu membacanya dengan suara yang lantang dan jelas secara bersemuka dengan pakar bidang. Ini proses untuk memeriksa ketepatan terjemah.
  6. SEMAK | Cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.
  7. SUNTING | Membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam.
  8. TEKS SASARAN

PENDAPAT YANG SALAH MENGENAI KELAYAKAN PENTERJEMAH

"Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik."

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah kerana penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.

DEFINISI TERJEMAHAN BERDASARKAN PANDANGAN SARJANA

NEWMARK(1981:7):

  • "...Usaha menggantikan mesej @ peryataan yang bertulis dalan satu bahasa dengan mesej @ kenyataan dalam bahasa lain....."

BRISLIN (1976:1):

  • "... istilah am yang merujuk pemindahan buah fikiran dan idea daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, sama ada secara betulis atau lisan..."

KELAYAKAN PENTERJEMAH

SYARAT UTAMA

  1. Mengetahui Bahasa Sumber | Pengetahuan yang mendalam agar dapat melakukan penterjemahan dengan tepat.
  2. Mengetahui Bahasa Sasaran  | Merupakan bahasa penerima dan memerlukan penguasaan yang lebih mendalam atau sama dengan bahasa sumber. 
  3. Mengetahui subjek / topik yang akan diterjemahkan  | Menjamin ketepatan dan kesempurnaan terjemahan. Penting dalam penterjemahan teks- teks khusus dan teks sastera.
  4. Mengetahui Teori Terjemahan  | Terjemahan bukan sekadar memindahkan perkataan malah pemindahan idea, makna dan gaya.
  5. Mengetahui Sasaran Pembaca  | Penggunaan laras bahasa yang tepat.
SYARAT TAMBAHAN
  • Fikiran yang terbuka
  • Ingatan yang baik
  • Boleh bekerja sendiri
  • Tidak malu bertanya
  • Jujur dan Amanah
SYARAT LAIN | Pengalaman

DEFINISI TERJEMAHAN

SYARAT UTAMA PENTERJEMAH


1. Mengetahui Bahasa Sumber (BM)
2. Mengetahui Bahasa Sasaran (BA)
3. Mengetahui Topik/ Subjek Yang Akan Diterjemahkan
4. Mengetahui Teori Terjemahan (Kaedah)
5. Mengetahui Sasaran / Khalayak Pembaca (Kanak-Kanak Dll)

PENGENALAN TERJEMAHAN

TERJEMAHAN
Mu'jam Mustalahat Arabiyah Fi Lughah Wa Adab : menulis semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.
Catford: penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa ( bahasa sumber ) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain ( bahasa sasaran)
Newmark : usaha menggantikan sesuatu mesej atau pernyataan dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pernyataan dalam bahasa lain.

KEPENTINGAN

  • Mengetahui kandungan sesuatu teks yang tidak difahami
  • Menyalurkan ilmu pengetahuan asal kepada pembaca asing
  • Memudahkan komunikasi
ELEMEN
  1. Teks
  2. Bahasa Sumber
  3. Bahasa Sasaran
  4. Padanan

DEFINISI TERJEMAHAN



Berdasarkan kamus (1993); halaman 1351:
 Terjemah; menterjemahkan
Memindahkan (karangan dll) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan.
·         Terjemahan
Hasil daripada menterjemah, yang telah diterjemahkan
·         Penterjemahan
Perihal (kerja, usaha dsb) menterjemahkan

Friday, 25 May 2018

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Teori penting ialah teori fungsi ayat. Ayat pula mempunyai dua fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Contoh ayat “ Boleh ambilkan saya secawan teh?”. Bentuk ayat ini adalah pernyataan namun fungsinya adalah suruhan. Terjemahan ditakrifkan menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. Manakala fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Dari sudut makna, ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat(informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat perintah (imperatif).
Ayat maklumat terdiri daripada:
*      Ayat perisytiharan- (makluman, pengumuman, pemberitahuan)
Cth: Dengan ini, bekalah air akan tergendala di Bangi.Oleh itu penduduk dikehendaki menyimpan air secukupnya.
*      Ayat pernyataan:-Cth: Ada virus dalam computer
*      Ayat takrifan- definisi, penjelasan dan penerangan) Cth: Angin adalah udara yang bergerak
*      Ayat tegasan- Cth: Benar bahawa manusia mempunyai roh
*      Ayat persetujuan ( keizinan dan sokongan)- Cth: Baiklah, awak boleh pergi.
*      Ayat penafian( bangkangan,bantahan, tentangan)- Cth: Saya tidak setuju
*      Ayat sangsian( keraguan,prasangka)- Cth: Benarkah semuan bangau putih?
*      Ayat tanyaan( soalan)- Cth: Apa khabar ayah awak?
*      Ayat sudut pandangan- Cth: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
*      Ayat syarataan- Cth: Kalau hari tak hujan,kita pergi memancing
*      Ayat cerita(pemerian)- Cth: Pd suatu hari, saya tertinggal komuter krn lambat
*      Ayat janji( ikrar,sumpah) –Cth:Saya bersumpah selagi tidak lulus, saya tidak akan mengalah

Ayat Arahan terdiri daripada:
Ø  Ayat perintah. Cth: Serang!
Ø  Ayat Suruhan. Cth: Ambilkan secawan kopi
Ø  Ayat larangan(tegahan). Cth: Jangan hisap rokok
Ø  Ayat panduan. Cth: Mula-mula panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan yg dikisar td
Ø  Ayat amaran(ancaman). Cth: Kalau awk datang lambat lagi, saya pecat awak
Ø  Ayat undangan. Cth: Sudilah datang ke rumah saya
Ø  Ayat silaan. Cth: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam
Ø  Ayat ajakan. Cth: Marilah kita melabur untuk masa depan
Ø  Ayat gesaan. Cth: Cepatlah bawa budak itu ke hospital
Ø  Ayat tawaran. Cth: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar ke rumah kamu
Ø  Ayat peraturan. Cth: Para pelajar masuk ikut Pintu B, para jemputan ikut Pintu C

Ayat perasaan terdiri daripada:
v  Ayat marah. Cth: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang
v  Ayat gembira. Cth: wah! Seronoknya dapat hadiah
v  Ayat sanjungan. Cth: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan
v  Ayat ejekan. Cth: Hai!Ular lidi nak jadi naga?
v  Ayat dukaan. Cth: Saya tak sanggup lagi hidup kalau kaki saya dipotong
v  Ayat sindiran. Cth: Hujan rebut lagi berhenti, ini pula orang makan
v  Ayat cacian. Cth: Kucing kurap tak sedar diri? Ada hati nak meminang anak kita
v  Ayat kutukan. Cth: Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai
v  Ayat cabaran. Cth: Kalau berani, mari kita bertumbuk
v  Ayat kejutan. Cth: Masya Allah, apa yang dia buat dengan duit sebanyak itu?
v  Ayat Sesalan. Cth: Oh Tuhan, ampunkanlah dosaku selama ini
v  Ayat sumpahan. Cth: Aku sumpah kau jadi batu
v  Ayat bujukan. Cth: Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

Dalam komunikasi, perasaan tertimbul kerana dua factor iaitu akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima dan akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan.
Kesimpulan ialah semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian agar makna yang dikehendaki teks asal dipindahkan secara baik dan tepat. Bentuk ayat adakalanya berubah walaupun seboleh mungkin bentuk dikekalkan dalam terjemahan.