Sunday, 22 April 2018

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN


Terjemahan tulisan:

Dilakukan secara bertulis. Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan. Dalam hal ini, kefasihan berbicara tidak menjadi syarat mutlak. Manakala pemguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik



Terjemahan lisan:


Dilakukan secara lisan, langsung, cepat dan tepat.Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau yang tidak tepat benar padanan terjemhannya.Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.



PANDANGAN SARJANA


Robert Lado


Terjemahan faktual ialah terjemahan yang memindahkan maklumat berbentuk fakta dan ia hendaklah ringkas,sederhana, wajar dan tidak mengelirukan pembaca.

Terjemahan sastera dilakukan untuk kesenian & kesusasteraan. Terjemahan ini lebih mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemkanaan bahasa sumber.

Roman Jacobson

Terjemahan Intralingual: Dilakukan di dalam dan berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu.
Terjemahan Intersemiotik: Daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.

Catford

Terjemahan Penuh: Keseluruhan teks sumber diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.

Terjemahan Sebahagian: Bukan semua teks yang diterjemahkan. Ada bahagian yang tertentu tidak diterjemahkan, malah digabungkan sahaja dengan teks sasaran.


Terjemahan Tuntas: Terjemahan yang memindahkan semua unsur kebahasaan iaitu penggantian unsur tatabahasa dan kosa kata bahasa sumber dengan padanan terjemah tatabahasa dan kosa kata bahasa sasaran, disertai dengan penggantian unsure-unsur fonologi dan grafologi bahasa sumber oleh fonologi dan grafologi bahasa sasaran.


Terjemahan Terbatas:

o Terjemahan Fonologi  ialah fonem bahasa sumber digantikan dengan padanannya dalam bahasa sasaran tanpa perubahan tatabahasa dan kosa kata dan ia selalu dilakukan oleh pelakon dalam meniru aksi-aksi tertentu.

o Terjemahan Grafologi ialah grafik bahasa sumber digantikan dengan grafik bahasa sasaran. Ia dilakukan untuk menghsilkan tata huruf atay tipografi tertentu.


o Terjemahan Tatabahasa ialah yang dipindahkan ke bahasa sasaran.


o Terjemahan Kosakata : Hanya unsur  kosakata bahasa sumber yang dipindahkan. Unsur lain tidak dipindahkan. Biasanya berlaku dalam proses belajar bahasa.


Terjemahan Terikat: Terjemahan yang terbatas dalam tataran kata dan morfem sahaja. Terjemahan kata demi kata diguna pakai dalam terjemahan puisi atau untuk memperlihatkan perbezaan antara dua bahasa yang terlibat.


Terjemahan Bebas: Terjemahan tuntas yang tidak dibatasi oleh keterikatan pada penterjemahan suatu tataran tertentu.


Terjemahan komunikatif: Menggunakan istilah yang lebih umum  dan menyeluruh dalam petikan-petikan yang sulit.


Terjemahan Semantik:  Mencuba menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantic dan sintaksis bahasa sasaran.




    No comments:

    Post a Comment