Friday, 25 May 2018

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Teori penting ialah teori fungsi ayat. Ayat pula mempunyai dua fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Contoh ayat “ Boleh ambilkan saya secawan teh?”. Bentuk ayat ini adalah pernyataan namun fungsinya adalah suruhan. Terjemahan ditakrifkan menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. Manakala fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Dari sudut makna, ayat terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat maklumat(informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat perintah (imperatif).
Ayat maklumat terdiri daripada:
*      Ayat perisytiharan- (makluman, pengumuman, pemberitahuan)
Cth: Dengan ini, bekalah air akan tergendala di Bangi.Oleh itu penduduk dikehendaki menyimpan air secukupnya.
*      Ayat pernyataan:-Cth: Ada virus dalam computer
*      Ayat takrifan- definisi, penjelasan dan penerangan) Cth: Angin adalah udara yang bergerak
*      Ayat tegasan- Cth: Benar bahawa manusia mempunyai roh
*      Ayat persetujuan ( keizinan dan sokongan)- Cth: Baiklah, awak boleh pergi.
*      Ayat penafian( bangkangan,bantahan, tentangan)- Cth: Saya tidak setuju
*      Ayat sangsian( keraguan,prasangka)- Cth: Benarkah semuan bangau putih?
*      Ayat tanyaan( soalan)- Cth: Apa khabar ayah awak?
*      Ayat sudut pandangan- Cth: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
*      Ayat syarataan- Cth: Kalau hari tak hujan,kita pergi memancing
*      Ayat cerita(pemerian)- Cth: Pd suatu hari, saya tertinggal komuter krn lambat
*      Ayat janji( ikrar,sumpah) –Cth:Saya bersumpah selagi tidak lulus, saya tidak akan mengalah

Ayat Arahan terdiri daripada:
Ø  Ayat perintah. Cth: Serang!
Ø  Ayat Suruhan. Cth: Ambilkan secawan kopi
Ø  Ayat larangan(tegahan). Cth: Jangan hisap rokok
Ø  Ayat panduan. Cth: Mula-mula panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan yg dikisar td
Ø  Ayat amaran(ancaman). Cth: Kalau awk datang lambat lagi, saya pecat awak
Ø  Ayat undangan. Cth: Sudilah datang ke rumah saya
Ø  Ayat silaan. Cth: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam
Ø  Ayat ajakan. Cth: Marilah kita melabur untuk masa depan
Ø  Ayat gesaan. Cth: Cepatlah bawa budak itu ke hospital
Ø  Ayat tawaran. Cth: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar ke rumah kamu
Ø  Ayat peraturan. Cth: Para pelajar masuk ikut Pintu B, para jemputan ikut Pintu C

Ayat perasaan terdiri daripada:
v  Ayat marah. Cth: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang
v  Ayat gembira. Cth: wah! Seronoknya dapat hadiah
v  Ayat sanjungan. Cth: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan
v  Ayat ejekan. Cth: Hai!Ular lidi nak jadi naga?
v  Ayat dukaan. Cth: Saya tak sanggup lagi hidup kalau kaki saya dipotong
v  Ayat sindiran. Cth: Hujan rebut lagi berhenti, ini pula orang makan
v  Ayat cacian. Cth: Kucing kurap tak sedar diri? Ada hati nak meminang anak kita
v  Ayat kutukan. Cth: Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai
v  Ayat cabaran. Cth: Kalau berani, mari kita bertumbuk
v  Ayat kejutan. Cth: Masya Allah, apa yang dia buat dengan duit sebanyak itu?
v  Ayat Sesalan. Cth: Oh Tuhan, ampunkanlah dosaku selama ini
v  Ayat sumpahan. Cth: Aku sumpah kau jadi batu
v  Ayat bujukan. Cth: Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

Dalam komunikasi, perasaan tertimbul kerana dua factor iaitu akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima dan akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan.
Kesimpulan ialah semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian agar makna yang dikehendaki teks asal dipindahkan secara baik dan tepat. Bentuk ayat adakalanya berubah walaupun seboleh mungkin bentuk dikekalkan dalam terjemahan.

Monday, 14 May 2018

UNSUR BUDAYA DALAM PENTERJEMAHAN


BUDAYA
  •  Berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu'buddhayah'.
  •   Budaya bukan terdiri daripada barang- barang, tingkah laku atau perasaan tetapi ia     adalah cara- cara manusia melihat, mengait dan menafsir sesuatu perkara     (Goodenough 1957).
SIFAT KEBUDAYAAN
  1. Dipelajari oleh anggota masyarakat.
  2. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
  3. Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.
FUNGSI Kebudayaan
  1. Memastikan hubungan sosial masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.
  2. Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.
  3. Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan hubungan dengan orang luar.
  4. Perangsang kepada anggotanya untuk menersukan masyarakatnya (Abdul Rahman Nawas 1995)